Wednesday 18 July 2012

~~Marhaban Ya Ramadhan~~

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...

Xlama lg nak puasa kn..so "Marhaban Ya Ramadhan"..
Sebelum nak tulis post ne sy nak ucapkan ..selamat berpuasa kpd blogger2 yg muslim..



kali ne sy nak post tentang kelebihan bulan Ramadhan..
banyak kelebihan bulan Ramadhan..jom kita tengok apa kelebihan bulan Ramadhan

*Pintu Syurga dibuka dan ditutup pintu Neraka*

"Apa bila tiba Ramadhan,dibuka semua Pintu-Pintu Syurga dan
di tutup semua pintu Neraka dan diikat semua Syaitan."

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*Diampuni segala dosanya yang lalu*

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan keimanan
nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu"

(Hadith riwayat An-Nasai'e)

*Pahala berlipat ganda*

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh
hingga ke 700 kali ganda. Allah berfirman:'Kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku
dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meningalakan syahwat dan
makan minumnya kerana Aku."

(Hadith riwayat Muslim)

*Jauh dari api neraka*

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan jauhkan mukanya
dari api Neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."

(Hadith riwayat Al-Bukhari)

*Perisai dari siksaan*


"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka."

(Hadith riwayat Imam Ahmad)

*Beroleh 2 kegembiraan*


"....Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu apabila berbuka,dia bergembira dengan waktu berbukanya,dan apabila bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya."

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*Doa sangat mustajab*


"3 doa yang sangat mustajab,doa orang berpuasa,doa orang yang di zalimi,dan doa orang yang musafir."

(Hadith Riwayat Al-Bukhari,Ahmad dan Tirmidzi)

*Masuk dalam syurga*


"Didalam syurga terdapat 1 pintu yang di sebut Ar-rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..."

(Hadith riwayat Al-Bukhari)














4 comments:

  1. arinih tgk ank bulan..slmt mnyambut Ramadan :) (kunun pantun 2 kerat)

    ReplyDelete
  2. selamat menunaikan ibadah puasa..semoga kita mendapat barakah dibulan yg mulia ni nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. Selamat menunaikan ibadah puasa...
    Tak sabar TiranaAduka ....


    Assalamualaikum wbth...

    Salam perkenalan dari
    TiranaAduka...
    Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..

    From TiranaAduka.....: Darjah satu Merah - Sek.Ren.Keb..

    Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....

    Wasalam..
    Ikhlas,
    TiranaAduka...

    ReplyDelete
  4. tq semua....selamat berkenalan ..selamat menunaikan ibadah puasa...

    ReplyDelete