Thursday 20 September 2012

Wuu~~Puting Beliung Berapi kat australia ..!!

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...





HAaaa~~ puting beliung berapi??? wow ~~ dengar pasal puting beliung ne memang dasyat kan...nie ada versi yg berapi2 pulak ..puting beliung merupakan fenomena alam yang mampu mengakibatkan kemusnahan dasyat dalam sekelip mata sahaja..

gambar dibawah adalah gambar fenomena puting beliung,satu fenomena yang luar biasa dan jarang sekali ditemui..puting beliung yang berjaya di rakam turut dikenali sebagai "api syaitan" terjadi di brazil pada 25/08/2010..


Fenomena puting beliung berapi ini juga pernah berlaku di Tokyo, jepun..pada tahun 1923 yang diakibatkan oleh gempa bumi dasyat dan mengorbankan lebih 38,000 nyawa dalam masa 15 minit sahaja 


Gambar puting beliung yang berlaku di Australia.

Baru-baru ini,ada dipaparkan di berita tentang kejadian puting beliung berapi yang berlaku di  australia yang berjaya di rakam oleh Seorang lelaki berusia 52 tahun yang juga merupakan pengarah filem di Australia Chris Tangey ..Chris secara tidak sengaja telah merakamkan fenomena luar biasa ini semasa sedang mencari lokasi pengambaran terbaru filemnya. Lokasi ini juga sudah seminggu terbakar ekoran daripada suhu yang terlampau panas akibat ketiadaan hujan sejak April lepas. Fenomena yang dijangka tamat 30 saat sebaliknya terus berpusar sehingga padam 40 minit kemudian. 


Tak dapat dibayangkan kalau kejadian ne berlaku kat depan mata sendiri..gerunnyerr...~~