Sunday 29 July 2012

Mature ? Or Childish ? Mana korang pilih





Dalam soal pilih memilih ne kadang kala memening kan kepala kita jga untuk menentukan pilihan kita..(hehehe..) Takut-takut pilihan kita xsesuai or xcantik..!! Sama juga lah macam soal memilih pasangan a..k.a  Teman hidup .. BF mcm mana yg korang nak jadikn kekasih..?? Mesti mejoriti korang nak yang Mature a.k.a Matang .. Btl tak ?? Confirm korang xnak boyfriend yang Childish a.k.a Kebudak-budakan

*Nak tahu macam mana Sii Dia matang Atau X..Check this out~~~!!



M.A.T.U.R.E jika...



  • Memberi kebebasan kepada you all untuk bergaul dengan kengkawan lain atau siapa pun.
  • Tdak teragak-agak ubtuk meminta maaf jika memang telah melakukan kesalahan.
  • Mempunyai tujuan hidup. Sii Dia  tahu apa yang harus dilakukan untuk meraih impian dan cita-citanya.
  • Menghormati kedua orang tua you all dan selalu menjadi teman bersembang yang menyenangkan mereka.
  • Ketika bertengkar,tanpa selindung Sii Dia terus menyatakan apa saja yang dia tidak suka atau berkenan dari you all.
  • Tidak keberatan jika you all mengajak adik/kengkawan sewaktu keluar dating.
  • Mampu berkomitman pada janji untuk tetap setia dengan you all.


C.H.I.L.D.I.S.H itu...



  • Nak berkepit , tak mengira tempat dan waktu. Ada kalanya situasi ini membuat you all dibenci kengkawan.
  • Dah terang-terang bersalah,tetapi tetap mempertahankan dan menilai bahawadirinyalah yang betul.
  • Bimbang tentang masa depan ,tetapi tetap menghuru-harakan hidup dengam menghabiskan duit orang tua.
  • Bersikap tidak sopan ketika berkunjung ke rumah you all, dan seboleh-bolehnya cuba menghindari diri daripada diajak berbual oleh kedua orang tua you all.
  • Tiba-tiba hilang mood dan kelu seribu bahasa,padahal you all sama sekali tidak tahu apa kesalahan you all.
  • Secara automatik membatalkan temu janjiyang di buat semata-mata kerana you all telah mengajak adik atau kengkawan you all.Menurut Sii Dia ,temu janji yang di buat untuk you all berdua sahaja ok!!
  • Belum mampu berkomitmen kerana masih belum stabil ,tetapi mudah tergoda atau suka menabur janji-janji manis.







Thursday 26 July 2012

Sim CARD ada nama ?? woW..!!


  


Tahukah anda setiap sim card mempunyai nama ???



1st step:: dari no hp anda 0195555987 , ambil 3 no blakang "987"

2nd step:: buat mcm ne @*[987:0]

3rd step:: buang simbol * dan tekan enter d komen box FACEBOOK :)

selamat mencuba ::miss sikin ♥

Wednesday 25 July 2012

Terawih 8 Rakaat Betul Ke Tak Ikut Sunnah ??

Sering kita lihat dua keadaan yang berbeza dalam pelaksanaan solat tarawih iaitu dari sudut bilangan rakaatnya. Ada yang melaksanakan lapan rakaat dan ada yang 20 rakaat. 

Pada masa sama, sebahagian masjid atau surau di negara kita, ada pula yang mengadakan tazkirah atau ceramah selepas lapan rakaat itu.

Kedapatan sebahagian makmum yang mempertikaikan kenapa perlu tazkirah, sedangkan Ramadan hanya sekali, sebaiknya diisi dengan menunaikan solat tarawih sehingga 20 rakaat. Tazkirah atau ceramah boleh diadakan pada waktu yang lain. 
Sebelum menjawab isu ini, sebaiknya kita melihat dalil mengenai bilangan rakaat solat tarawih sama ada ia ditunaikan lapan rakaat atau 20 rakaat.

Dalil solat tarawih lapan rakaat:

Saidatina Aisyah ditanya mengenai solat nabi SAW pada bulan Ramadan, beliau menjawab: Baginda tidak pernah solat pada malam Ramadan atau malam bulan lain melebihi 11 rakaat. Baginda bersembahyang empat rakaat, jangan ditanya tentang kesempurnaan dan panjangnya solat baginda, kemudian baginda bersembahyang lagi empat rakaat, jangan ditanya mengenai kesempurnaan dan panjangnya solat baginda, lalu Baginda sembahyang pula tiga rakaat (witir). Hadis Riwayat Bukhari (1909), Muslim (738).

Imam Sayuti menulis bahawa tiada dalil yang menunjukkan bahawa Nabi SAW menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, sebaliknya riwayat yang kukuh hanya menyebut baginda menunaikan solat tarawih tanpa menyebut bilangan rakaatnya. 
Imam Ibn Hajar al Haithami pula menyatakan bahawa hadis: Baginda bersembahyang (tarawih) 20 rakaat adalah sangat daif. (Ensiklopedia Fekah 27/142)

Dalil solat tarawih 20 rakaat:

Rasulullah SAW ditanya mengenai solat sunat pada malam hari, Baginda menjawab: Sembahyang malam dua rakaat, dua rakaat, jika kamu bimbang hampir waktu Subuh, akhirilah dengan solat witir satu rakaat ( Hadis Riwayat Bukhari (946), Muslim (749).

Hadis ini tidak menetapkan bilangan rakaat, asal saja ditunaikan secara dua rakaat satu salam. Berdasarkan kedua-dua hadis di atas yang berstatus sahih, menunaikan solat tarawih sama ada lapan rakaat atau 20 rakaat sudah menepati sunnah. 

Sesiapapun tidak sepatutnya mempertikaikan golongan yang melaksanakan lapan rakaat atau 20 rakaat. Cuma pada zaman Rasulullah, baginda melaksanakan solat lapan rakaat dengan bacaan yang begitu panjang sehingga diriwayatkan ada yang menghampiri waktu Subuh. 

Jika solat tarawih ditunaikan dengan begitu panjang, mungkin makmum tidak mampu untuk menghabiskan solat tarawih tersebut, sedangkan menyelesaikan solat bersama imam juga adalah satu tuntutan. Sesiapa yang berdiri bersama imam sehingga beliau beredar (setelah selesai solat), maka ditulis baginya Qiamullail sepanjang malam. (Riwayat Tirmizi)

Mengambil kira pelbagai situasi seperti ketidakmampuan makmum dan sebagainya, ulama menyarankan agar dipendekkan bacaan tetapi ditambah bilangan rakaatnya. Berdasarkan amalan sahabat yang menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, maka amalan itu telah diterima daripada generasi ke generasi. Pada zaman Imam Malik, solat tarawih dikerjakan sebanyak 36 rakaat. 

Menurut pandangan Imam Nawawi pula dalam kitab Majmuk: Solat tarawih adalah sunnah dengan ijmak ulama, mengikut mazhab kita (Shafie), ia ditunaikan 20 rakaat dengan 10 kali salam, dan boleh ditunaikan secara berseorangan dan berjemaah. (Majmuk 4/31)

Sebagai Kesimpulan, boleh dipertikai jika solat tarawih ditunaikan kurang daripada lapan rakaat. Jika sudah dilaksanakan lapan rakaat, terserah sama ada untuk mengadakan ceramah, tazkirah atau apa saja yang boleh memberi manfaat bersama kepada jemaah, terutama jika itu yang diminta oleh pihak jemaah di satu-satu tempat. 

Jika imam menunaikan tarawih sebanyak 20 rakaat, maka adalah lebih afdal bagi makmum mengikut imam sehingga selesai solat dan tidak keluar ketika lapan rakaat seperti maksud hadis Tirmizi di atas. Jika ingin menunaikan lapan rakaat, sebaiknya berjemaah bersama imam yang menunaikan tarawih lapan rakaat juga. 

Namun oleh kerana Ramadan adalah bulan beribadat yang mana pahala digandakan, sebaiknya tarawih ditunaikan 20 rakaat atau lapan rakaat tetapi dengan bacaan yang panjang.

Kapal Meletup !!!






Labuan :: Gegaran dan bunyi letupan yang sangat kuat telah dirasai oleh semua penduduk Labuan , Rupa-rupanya kapal yang mengandungi muatan gas telah meletup pada pagi tadi. 6 0rang dikhuatiri mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak
di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini,meletup awal pagi tadi.

Kejadian ini berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.

Sunday 22 July 2012

Resepi Puding Kelapa


   
    BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji kelapa muda(isinya masih lembut 
    seperti agar-agar) 
  • 1 agar-agar serbuk (warna putih) 
  • 1 tin kecil susu pekat manis

   CARA-CARA BUAT:
  • 1. Ambil isi kelapa dengan sudu dan letakkan dalam mangkuk kecil. 
  • 2. Jerangkan air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda tadi dalam periuk di atas api sederhana. 
  • 3. Bancuh agar-agar serbuk tadi dengan sedikit air dan tuang ke dalam air kelapa tadi.Masak hingga mendidih dan agak pekat.Ketepikan dan kacau hingga suam.(Rendamkan periuk tadi dalam talam berisi air supaya cepat turun suhu panasnya). 
  • 4. Setelah agar-agar tadi suam, masukkan si kelapa dan susu pekat manis hingga habis. Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan puding kedalam bekas- bekas kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk. 
   

Saturday 21 July 2012

~~Just For My Follower~~

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...



Create your own banner at mybannermaker.com!

                               
    ~~for miss kikiey follower~~

    

"TERIMA KASIH KERANA FOLLOW MISS KIKIEY"

Bg yg dah follow amik je cenderahati dari Miss Kikiey 

Gadoh~Gadoh ...heheheh


MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau..

GOOGLE : DIAMMM!! Aku ada semuanya.

MOZILA : Eh, tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power

Wednesday 18 July 2012

~~Marhaban Ya Ramadhan~~

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...

Xlama lg nak puasa kn..so "Marhaban Ya Ramadhan"..
Sebelum nak tulis post ne sy nak ucapkan ..selamat berpuasa kpd blogger2 yg muslim..



kali ne sy nak post tentang kelebihan bulan Ramadhan..
banyak kelebihan bulan Ramadhan..jom kita tengok apa kelebihan bulan Ramadhan

*Pintu Syurga dibuka dan ditutup pintu Neraka*

"Apa bila tiba Ramadhan,dibuka semua Pintu-Pintu Syurga dan
di tutup semua pintu Neraka dan diikat semua Syaitan."

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*Diampuni segala dosanya yang lalu*

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan keimanan
nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu"

(Hadith riwayat An-Nasai'e)

*Pahala berlipat ganda*

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh
hingga ke 700 kali ganda. Allah berfirman:'Kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku
dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meningalakan syahwat dan
makan minumnya kerana Aku."

(Hadith riwayat Muslim)

*Jauh dari api neraka*

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan jauhkan mukanya
dari api Neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."

(Hadith riwayat Al-Bukhari)

*Perisai dari siksaan*


"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka."

(Hadith riwayat Imam Ahmad)

*Beroleh 2 kegembiraan*


"....Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu apabila berbuka,dia bergembira dengan waktu berbukanya,dan apabila bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya."

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*Doa sangat mustajab*


"3 doa yang sangat mustajab,doa orang berpuasa,doa orang yang di zalimi,dan doa orang yang musafir."

(Hadith Riwayat Al-Bukhari,Ahmad dan Tirmidzi)

*Masuk dalam syurga*


"Didalam syurga terdapat 1 pintu yang di sebut Ar-rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..."

(Hadith riwayat Al-Bukhari)














OoohhH..TidaAAK~~!! BaHAya !!

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ..

Membunyikan sendi-sendi di jemari, tangan, atau leher ketika badan sengal itu memang terasa melegakan sesudahnya. Namun, sebaiknya kita jangan terlalu sering melakukan ini, mengapa?
Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, bila salah urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher. Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana. Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.
Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan buku-buku atau sendi di jari juga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya.Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.
Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.


Nah, saat kamu menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar. Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun. Segera saja, ikatan sendi tersedut ke dalam. Ketika tekanan menurun, muncullah gelembung (yang paling sering karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat. Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama
.
Gelembung itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar. Kerana ruang sendi mendadak diisi oleh gelembung, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula. Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.

Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang. Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka. Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.

Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.

Christina Perri-----|> A Thousand Year Lyric



(Verse 1)Heart beats fastColors and promisesHow to be braveHow can I love when I'm afraidTo fallBut watching you stand aloneAll of my doubtSuddenly goes away somehow

One step closer



(Chorus)I have die everyday Waiting for youDarlin' don't be afraidI have loved you for aThousand yearI'll love you for aThousand more

(Verse 2)Time stands stillbeauty in all she isI will be braveI will not let anythingTake awayWhat's standing in front of meEvery breathEvery hour has come to this



One step closer



(Chorus)I have died everydayWaiting for youDarlin' don't be afraidI have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more



And all along i belivedI would find youTime has broughtYou heart to meI have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more



One step closerOne step closer



(Chorus)I have died everydayWaiting for youDarlin' don't be afraid,I have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more



And all along I believedI would find youTime has broughtYour heart to meI have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more

(perasaan sedih bila sy dengar lagu ne... mood tengah kecewa)

AbOuT ~~CNBLUE ~~

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...


hellO...ikin nk pos pasal artis korea ..hehehhe.. mesti ramai yg kenal kumpulan artis ne..
a'ha ikin nk post pasal CNBLUE.. 
hehehehe..




CNBLUE a.k.a "CODE NAME BLUE"....(Haaa~~msti ada yg xtaw mksd CNBLUE sebenar)
kumpulan ne bnyak persamaan dengan "2 FT ISLAND"..(tp bkn klon..or tiru meniru k' think positive <3)
Persamaan dorg sbb 2 kumpulan korea ne di bawah naungan syarikat yang sama iaitu 'F & C MUZIC'.
First album dorg ..(album mini) di keluarkn pada 19 ogos 2009 di Jepun.. Tjuk album dorang..
'NOW AND NEVER' ..kesemua lagu dalam album ne di rakam dalam bahasa inggeris..


Ehem-Ehem.... mari sy kenal kan ahli CNBLUE





    Name :: Yong Hwa
    Fullname:: Jung Yong Hwa
    Birthday::22 Jun 1989
    Peranan::Vokal Utama,Rapper,
    Pemain Gitar
    Tinggi::180cm










    Name:: Jonghyun
    Full name:: Lee Jong Hyun
    Birthday:: 15 May 1990
    Peranan::Vokal dan pemain gitar
    Tinggi::182cm

    Name:: Minhyuk
    Full name:: Kang Min Hyuk
    Birthday:: 28 Jun 1991
    Peranan::Vokal dan pemain drum
    Tinggi::184cm



          
      Name:: Jungshin
    Full name:: Lee Jung Shin 
    Birthday:: 15 September 1991
    Peranan::Vokal,raper,bassist
    Tinggi::186cm











    THE END :)

    ~~Happy One Month Annyversary cinta~~



    dingg..dong..dingg..dong..

    Today ANNYVERSARY sy ngan luv ----|>(nazrul afifi)   .. annyversary untk 1st month relationship..
    Tp..mcm sdih ja hari ne :'(... mcm c luv buat derk~~!! tu hah buat hati sdih..
    tp dalam sdih2 pon sy still doakn hubungan kami kekal sampai ke-jenjang pelamin ...ooppss~~! 
    dan hingga ke akhir hayat... sy harap dia yg terakhir..
    penat dah nak bercinta blik2..dah yakin kat dy sOO teruskn la...
    sy H.A.R.AP xda antara kami yg SElingkuh (hek..hek..indon la pulak)  a.k.a CURANG...
    dah bnyak kali kena..rasa macam nak tumbok ja muka lelaki perangai cam ne..
    (dussh~~!!dushh~~!! ) amek kaw..
    sy bersyukur coz dapat bf a.k.a  my future husband..mcm dy..
    kitorang gadoh2 tp xlama..and antara kami xda yg di sembunyi2..
    biar pun kisah2 lampau.. :)

    LAST WORD

    (I LOVE U NAZRUL AFIFI )


    (Memory terindah bersamamu )